WHAT'S ON

PAAB Raikan Hari Air Sedunia 2021

Terima kasih semua!

Baru-baru ini sempena Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaaan pada 27 Mac 2021, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama semua agensi di bawahnya telah berjaya menggerakkan kumpulan-kumpulan kecil di 127 lokasi sungai di seluruh negara bagi kerja-kerja gotong-royong membersihkan sungai.

Inisiatif ini adalah usaha secara bersama bagi memupuk kesedaran masyarakat supaya lebih menghargai air sesuai dengan tema Hari Air Sedunia 2021 Valuing Water.

Tidak terkecuali Pengurusan Aset Air Berhad untuk turut serta dalam program Jom Turun Sungai ini bertempat di Sungai Langat, Batu 22, daerah Hulu Langat, Selangor.

PAAB turut berganding bahu bersama pensyarah dan pelajar UiTM dengan kerjasama UiTM Green Centre serta komuniti setempat di Kampung Kuala Pangsun bagi menjayakan aktiviti gotong rotong berkenaan.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk memungut sampah di dalam sungai, membersihkan kawasan sekitar, mandi sungai dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

PAAB akan menganjurkan program ini secara berterusan bagi memastikan sumber air kita akan terus dibersihkan daripada sampah sarap dan sisa pepajal serta memelihara keindahan alam semula jadi.

Posted in and tagged