WHAT'S ON

PAAB Komited Bantu Kerajaan Tangani Pandemik Covid-19

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mampu dilaksanakan secara berkesan menerusi tiga indikator termasuk keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad(PAAB), Abdul Hadi Ali berkata, ini adalah berdasarkanbilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatanawam dan tahap populasi yang dilindungi.

“Sebagai permulaan, PAAB akan memastikan semuakakitangan mendapat suntikan vaksin Covid-19 secepatmungkin walaupun ini bermakna syarikat harus menanggungkos vaksinasi serta menyarankan kontraktor yang terlibat dengan semua projek kendalian syarikat untuk mendapatkansuntikan vaksin COVID-19 dengan segera,” katanya dalamsatu kenyataan.

Jelasnya, ini bagi memastikan usaha kerajaan untukmembuka semula sektor pekerjaan, ekonomi negara danaktiviti sosial lain dapat dicapai serta membolehkan urusanharian di tempat kerja berjalan lancar.

Selain itu, Abdul Hadi memaklumkan, PAAB turutmenggalakkan kakitangannya merebut peluang untuk menjadisukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) bukan kesihatan di 276 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

“PAAB telah mengarahkan 80 peratus kakitanganbekerja dari rumah (BDR) serta mensyaratkan kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan projekuntuk mendapatkan permit daripada KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

Tambahnya, sebagai tanda sokongan, PAAB juga menyarankan pengurusan kanan syarikat serta setiap kakitangannya membuat pemotongan elaun tetap selama tigabulan untuk disalurkan kepada Tabung Amanah KementerianKewangan (MoF).
Keputusan yang sama juga diambil oleh semua Ahli Lembaga Pengarah PAAB.

–BERNAMA
Sumber : https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1972930

Posted in and tagged