WHAT'S ON

Successful Completion of Perlis Water Restructuring Journeys

KANGAR (4 Mac): Kerajaan Pusat bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan Perlis berjumlah RM185.41 juta susulan pelaksanaan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keputusan ini bakal mengurangkan pinjaman bekalan air kerajaan negeri daripada RM230.74 juta kepada RM45.33 juta.

“Baki pinjaman ini akan diambil alih Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan disusun semula pembayaran balik menerusi sewa pajakan yang dikenakan kepada Syarikat Air Perlis (SAP) bagi tempoh 45 tahun.

“Inisiatif ini dapat meringankan beban kewangan kerajaan negeri dan tempoh masa pembayaran balik yang panjang pada kadar minimum akan membolehkan SAP membina asas kewangan yang baik bagi tempoh jangka masa panjang,” katanya.

Posted in and tagged