WHAT'S ON

BUKIT CHUPAK DIPILIH LRA PERTAMA DI KELANTAN GUNA SUMBER SUNGAI

GUA MUSANG, 29 Feb (Bernama) — Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menjadikan projek di Bukit Chupak di sini sebagai Loji Rawatan Air (LRA) yang pertama diKelantan menggunakan teknologi Stesen Pengambilan Air Mentah iaitu sumber air sungai untuk memberi manfaat kepada kira-kira 35,000 penduduk.

Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Ir Zulkifl ee Omar berkata projek yang membabitkan kos kira-kira RM47.9 juta itu mula dibina pada 29 Nov 2022 dan dijangka siappada Mac 2025 dengan kapasiti 11 juta liter sehari.

“Teknologi ini dibina di Sungai Ketil dan mampu mengawal paras air sungai sehingga 0.75 meter ketika musim kemarau supaya dapat disalurkan ke LRA terbabitsecara optimum.

“LRA ini turut dilengkapi sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (SCADA) dan sistem telemetri (pemancaran) yang canggih bagi memudahkan prosespengawalan sistem sekali gus meningkatkan kecekapan operasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah LRA Bukit Chupak, di sini hari ini.

Zulkiflee berkata pihaknya turut merancang untuk membina LRA di Tok Bali, Merbau Condong dan Tanjung Mas yang membabitkan anggaran kos RM 700 juta.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air negara untuk mencapai kecekapan dan kualitiyang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PAAB Datuk Seri Jaseni Maidinsa berkata pembekalan air bagi rakyat di Kelantan ketika ini mencecah 70 peratus, justeru pembinaan LRAadalah bertujuan meningkatkan kapasiti pembekalan air di negeri ini.

“Kita buat dua tindakan iaitu tambah loji dan ganti paip yang membolehkan lebih banyak air dari satu loji sampai kepada pengguna.

“Insya-Allah dalam tiga tahun kita akan selesaikan projek-projek di Kelantan dan rakyat akan menikmati bekalan air yang lebih baik,” katanya.

— BERNAMA —BUKIT CHUPAK DIPILIH LRA PERTAMA DI KELANTAN GUNA SUMBER SUNGAI

Posted in and tagged ,