200 Kakitangan PAAB Ikrar Bebas Rasuah
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Seramai 200 kakitangan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan hari ini mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen melaksanakan tugas dengan penuh amanah, menjauhkan daripada rasuah dan salah guna kuasa. Lafaz ikrar tersebut diketuai Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Mahadzir Mustafa sambil disaksikan …