PAAB Sumbang Juadah Berbuka Kepada Media

PAAB Sumbang Juadah Berbuka Kepada Media

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) meraikan petugas media dengan menyumbangkan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan 2018.

Ketua Bahagian Korporat PAAB, Rozaifee Abu Zaharim berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada warga media yang banyak memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran maklumat mengenai PAAB terutama membabitkan industri perkhidmatan air di negara ini.

“Kerjasama ini turut bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara PAAB dan rakan-rakan media  selain memahami tugas mereka yang sering kesuntukan masa dalam mengejar berita sepanjang Ramadan ini.

Kira-kira 450 bungkusan makanan mengandungi diagihkan kepada kepada bilik berita di Bernama News Channel, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV Alhijrah.