PAAB Sumbang Empat Lembu Korban

PAAB SUMBANG EMPAT LEMBU KORBAN

Oleh Ayusliza Azizan

cnews@nstp.com.my

BANTING: Bagi memeriahkan sambutan hari raya korban, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyumbangkan sebanyak empat ekor lembu kepada empat penerima terpilih di sini, hari ini.

Penerima berkenaan ialah Pertubuhan Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Sekolah Rendah Agama Sungai Buaya, Masjid Al-Istiqamah Kampung Sungai Buaya dan Maahad Tahfz Kampung Bandar.

Ketua Bahagian Korporat PAAB, Rozaifee Abu Zaharim, berkata penerima masing-masing menerima seekor lembu bernilai RM5,500.

Katanya, sumbangan itu disampaikan menerusi program PAAB Prihatin Sumbangan Qurban 2018, antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan setiap tahun.

“PAAB turut memberikan sumbangan zakat wakalah kepada Pertubuhan Pertubuhan Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, bernilai RM5,000.

“PAAB juga berbesar hati menyerahkan sumbangan peribadi kakitangan PAAB iaitu barangan keperluan harian kepada 34 penghuni Pertubuhan Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat yang berusia, antara lapan hingga 17 tahun.

“Sumbangan ini adalah atas rasa prihatin kami dan diharap dapat meringankan beban kanak-kanak di sini,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Pertubuhan Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, di sini.

Selain sumbangan lembu korban, PAAB turut menyerahkan dua peti sejuk beku kepada Pertubuhan Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat.

SUMBER : Berita Harian