Hulu Langat, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan hari ini menyerahkan operasi Stream B, Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang membabitkan 565 juta liter air sehari (MLD) secara berperingkat kepada Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).
Majlis Penyerahan dan Pengoperasian Stream B, LRA Langat 2 ini disempurkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr. Xavier Jayakumar yang turut disaksikan oleh Pengerusi PAAB, Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Suhaimi Kamaralzaman.
Menurut Abdul Hadi, PAAB berjaya menjalankan tempoh pengujian dan pentauliahan (T&C) pada Disember 2019 melibatkan penyaluran air mentah dari Empangan Kelau menerusi muka sauk Sungai Semantan di negeri Pahang ke Portal Keluar atau Outlet Portal Langat 2 di Hulu Langat melalui terowong sepanjang 44.6 kilometer merentas Banjaran Titiwangsa.
LRA
Langat 2 yang dilengkapi dengan teknologi rawatan air yang canggih iaitu Sistem
Granular Activated Carbon (GAC) yang berupaya menyah bau yang terhasil daripada
bahan-bahan organik yang wujud di dalam air mentah serta meningkatkan kualiti
air terawat dengan piawaian kekeruhan 0.2 NTU berbanding kadar yang ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan 0.5 NTU, jelasnya.
Tambah beliau, setelah proses T&C selesai, LRA Langat 2 mula mengagihkan air terawat kepada Air Selangor mulai 21 Disember lalu melalui Stream B ini secara berperingkat ke Kolam Air Imbangan Langat sedia ada untuk disalurkan melalui saluran paip sedia ada bagi kegunaan penduduk di Hulu Langat, Cheras, Bangi, Semenyih, Pudu.
Stream B Langat 2 berupaya menyalurkan air terawat sehingga 565 MLD kepada kira-kira 900,000 penduduk secara berperingkat yang akan melalui Kolam Air Imbangan Bukit Enggang dan Kolam Air Imbangan Langat yang sedia ada bergantung kepada keperluan Air Selangor, katanya.
PAAB bertanggungjawab membangunkan LRA Langat 2 yang merangkumi 23 pakej membabitkan kawasan termasuk Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, Bukit Jalil, Petaling, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang serta Keramat AU3.
Ia merupakan projek loji rawatan air terbesar di Asia Tenggara yang mula dibina pada Mac 2014 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2023 dengan keseluruhan projek telah 81 peratus siap. LRA Langat 2 berupaya membekalkan keperluan 1,130 juta liter air sehari kepada penduduk di Lembah Klang sekali gus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor
KHAIRIL AMRI TAJUDDIN
Corporate Communications
Pengurusan Aset Air Berhad
03-2614 5535 / 017 4060 717
khairil@paab.my
.More Online News :
https://www.edgeprop.my/content/1636144/no-change-water-tariffs-selangor-says-dr-xavier
http://bernama.com/bm/news.php?id=1808370


