KUALA LUMPUR, 3 Julai 2018, seramai 45 pelajar tahfiz dari Ma’ahad Tahfiz Azzikrul Hakim (MATAZH) Puchong, Selangor diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2018 bertempat di Dewan Banquet, TPC Kuala Lumpur.
Pada majlis ini, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menghulurkan sumbangan duit raya sebanyak RM100 setiap seorang yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mahadzir Mustafa, Ketua Perbendaharaan, Abdul Hadi Ali dank Ketua Pegawai Operasi, Nor Ifuan Md. Nor.
Selain itu, PAAB turut berbesar hati menyerahkan bantuan sebanyak wang zakat dan sumbangan barangan keperluan kepada pihak pengurusan Ma’ahad Tahfiz berkenaan. Sumbangan itu bagi membantu sekolah agama terbabit dalam menguruskan pelajar-pelajarnya dan keperluan harian mereka.
Ia merupakan sebahagian daripada tujuh golongan asnaf yang dibenarkan menerima zakat menerusi konsep Wakalah dan merupakan sebahagian daripada agihan yang akan disumbangkan sepanjang tahun 2018.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2018 turut diserikan dengan kehadiran 300 tetamu jemputan dan dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan Seri Kenchana.
Khairil Amri Tajuddin
Corporate Communications
Pengurusan Aset Air Berhad
017 4060 717