PAAB Hulur Sumbangan RM43,500 Sepanjang Ramadan
KUALA LUMPUR, 11 Jun 2018, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menghulurkan bantuan sebanyak RM43,500 berbentuk wang zakat dan sumbangan barangan keperluan kepada pusat jagaan warga emas dan anak yatim sepanjang Ramadan tahun ini.
Sumbangan berkenaan bagi mengimarahkan bulan puasa dengan pelbagai program amal kepada golongan yang memerlukan serta membuktikan keprihatinan PAAB terhadap keperluan masyarakat Islam sepanjang Ramadan terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dan sering dipinggirkan.
Selain itu, PAAB dengan kerjasama Adabi Consumer turut berbesar hati mengedarkan 4,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman serta beberapa balai polis, balai bomba dan sekolah tahfiz berhampiran melalui program Seikhlas Ramadan Memasak dan Agihan Bubur Lambuk yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.
Manakala Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Walidaina disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Mahadzir Mustafa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah.
Program ini merupakan CSR keenam yang dianjurkan PAAB sejak Januari lalu termasuk di Kedah, Johor dan Selangor.
Khairil Amri Tajuddin
Corporate Communications
Pengurusan Aset Air Berhad
017 4060 717
khairil@paab.my