PAAB Hulur RM50,000 Bantu Ibu Bapa Pelajar Di Alor Setar

PAAB HULUR RM50,000 BANTU IBU BAPA PELAJAR DI ALOR SETAR

Alor Setar, Kira-kira 500 ibu bapa dan waris dari sekolah-sekolah yang terpilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata menerima bantuan awal persekolahan daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada Majlis Perasmian Jelajah PAAB Prihatin Kedah 2018 yang diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah.

Program itu dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk  Badrol Hisham Hashim, Pengerusi PAAB, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali serta Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Mahadzir Mustafa serta Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Datuk Abdul Ghani Zainuddin.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini merupakan yang pertama diadakan pada 2018 dan julung kalinya diadakan di Kedah, sebagai bantuan awal persekolahan untuk meringankan beban golongan sasar yang kurang berkemampuan di DUN Bakar Bata. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif PAAB untuk mendekati masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Disamping itu juga, PAAB membuka ruang perbincangan dengan Kerajaan Negeri Kedah berhubung Pelan Penstrukturan Semula Industri Air di Kedah bagi meningkatkan kemudahan serta kapasiti bekalan air terawat. PAAB percaya, melalui Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Air di Kedah, SADA mampu memenuhi permintaan tinggi bekalan air bersih dan terawat dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

Khairil Amri Tajuddin

Corporate Communications

Pengurusan Aset Air Berhad

03 2614 5535 / 017 4060 717

khairil@paab.my