Lapan Masjid Dan Surau Terima Sumbangan Lembu Qurban PAAB

LAPAN MASJID DAN SURAU TERIMA SUMBANGAN LEMBU QURBAN PAAB

AMPANG, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menghulurkan sumbangan berjumlah RM44,000 kepada lapan masjid serta surau terpilih di kawasan yang terlibat dengan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sempena Aidiladha tahun ini.

Antaranya Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah Hulu Langat, Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara,

Masjid Jami’ul Huda Ampang serta Surau As-Syakirin Keramat Wangsa. Setiap bahagian lembu qurban daripada sumbangan berkenaan akan diserahkan kepada golongan asnaf terpilih yang akan dikenal pasti di kawasan terbabit.

Program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat untuk merapatkan hubungan serta mengeratkan silaturahim dengan penduduk setempat. Ia juga inisiatif PAAB bagi membantu sebilangan rakyat yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah qurban.

Majlis Penyerahan Sumbangan disempurnakan Pengerusi PAAB, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli Ghazali kepada semua kariah masjid dan surau terpilih menjelang Hari Raya Haji minggu depan.  Program itu merupakan CSR ketujuh yang dianjurkan PAAB sejak Januari lalu termasuk di Johor dan Negeri Sembilan.

Khairil Amri Tajuddin

Corporate Communication

Pengurusan Aset Air Berhad

03 26145535 / 017 4060717

khairil@paab.my