KUALA LUMPUR- Seramai 500 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Bertemakan Oh Syoknya Raya, tetamu yang terdiri daripada rakan strategik, institusi perbankan dan rakan media hadir berpakaian tradisional dengan disambut mesra Pengerusi PAAB, Datuk Seri Dr.Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.
Selain dihidangkan pelbagai juadah antaranya lemang dan ketupat, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan pentas oleh Current Cong.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Operasi PAAB, Nor Ifuan Md.Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Abdul Hadi Ali.
Antara tetamu yang turut hadir termasuk bekas Pengerusi PAAB, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali-
Sumber :
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/500-tetamu-meriahkan-rumah-terbuka-paab-1.919739