PAAB serah RM43,000 SUMBANGAN LEMBU QURBAN DAN ZAKAT

Kuala Lumpur, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan memperuntukkan RM43,000.00 untuk disalurkan kepada masjid dan surau terpilih di sepanjang Kawasan pembinaan Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2. Peruntukkan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bersempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Enam lembu diserahkan masing-masing kepada Masjid Jami’il Huda Kampung Melayu Ampang, Surau Al-Amin Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Surau Madrasatul Iman Desa Cheras, Masjid Al-Khairiyah AU3 Kuala Lumpur, Surau Al-Munir, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat. Mereka turut menerima sumbangan zakat Wakalah hasil potongan gaji tahunan kakitangan PAAB kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP sepanjang tahun 2018.

Majlis Penyerahan Sumbangan Qurban Dan Zakat PAAB Prihatin 2019 disempurnakan oleh  Pengerusi PAAB, Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hadi Ali.

PAAB ditubuhkan pada tahun 2006 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi membantu Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Pelan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aset air di Semenanjung Malaysia dengan kadar pembiayaan yang kompetetif. 

PAAB bertanggungjawab membangunkan LRA Langat 2 yang merangkumi 23 pakej membabitkan kawasan termasuk Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, Bukit Jalil, Petaling, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang serta Keramat AU3. 

Ia merupakan projek LRA terbesar di Asia Tenggara yang mula dibina pada Mac 2014 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung 2021 dengan keseluruhan projek telah 77.5 peratus siap ketika ini (Julai 2019). LRA Langat 2 berupaya membekalkan keperluan 1,130 juta liter air sehari kepada penduduk di Lembah Klang sekaligus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor.

Kerajaan persekutuan bersetuju membina LRA Langat 2 dengan kos RM3.7 bilion bagi menampung keperluan dan permintaan tinggi bekalan air di Lembah Klang.

Sumber :

KHAIRIL AMRI TAJUDDIN

Corporate Communications

Pengurusan Aset Air Berhad

03-2614 5535 / 017 4060 717

khairil@paab.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *