WHAT'S ON

PAAB Akan Beri Penjelasan Kepada Terengganu

KUALA TERENGGANU, 8 April (Bernama) — Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan memberi penjelasan kepada kerajaan Terengganu berhubung Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri yang memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.  

Pengerusinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata setakat ini, hanya Terengganu satu-satunya negeri di Semenanjung yang masih belum menyertai perjanjian dengan PAAB.

“Kita akan buat penjelasan agar mereka (pimpinan kerajaan Terengganu) dapat maklumat terkini… mungkin berlaku salah faham tentang konsep perjanjian ini kerana ia telah diperkembangkan lagi dari yang asal dulu. 

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata masalah bekalan air di Terengganu juga berpunca daripada sistem perpaipan yang sudah uzur dan memerlukan peruntukan beratus juta untuk menukarkannya kepada paip baharu.

“PAAB ada kemampuan kewangan yang belum digunakan sepenuhnya maka sangat rugi kalau tidak dimanfaatkan,” katanya. 

PAAB adalah milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang ditubuhkan pada 2006 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Ia bagi membantu kerajaan Persekutuan merealisasikan Pelan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aset air di Semenanjung dengan kadar pembiayaan yang berdaya saing.

— BERNAMA

Source : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2070315

Posted in and tagged ,