PAAB Logo
s
 
 
Webmail
 
Search
  Search
banner_inside_12
  News & Events / News Archive 2007 / PAAB ambil alih loji air

PAAB ambil alih loji air

Sumber: Berita Harian , 11 August 2007

KOTA BHARU : Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di jangka mengambil alih sepenuhnya semua aset infrastruktur bekalan air bersih seluruh Semenanjung mulai awal tahun depan.

Ketika ini, PAAB sedang berbincang dengan semua kerajaan negeri untuk mengambil alih semua loji dan empangan, termasuk tunggakan hutang kerajaan negeri kepada Pusat dalam penyediaan bekalan air yang mencecah RM7.8 bilion.

Berucap selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Gerakan Kelantan yang dirasmikan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon di sini, semalam, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik, berkata setakat ini persetujuan un­tuk mengambil alih perkara itu sudah dicapai PAAB dengan kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka.

"Rundingan mengambil alih aset dan hutang ini sedang dijalankan PAAB dengan semua negeri dalam usaha menyusun semula serta mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri bagi menyediakan bekalan air bersih untuk rakyat,” katanya.
 
About PAAB
FAQ
Investor Relations
News & Events
Careers

Pengurusan Aset Air Berhad (732544-D), 24th Floor, Menara Multi-Purpose, Capital Square, 8, Jalan Munshi Abdullah, 50100, Kuala Lumpur
© 2008 Pengurusan Aset Air Berhad
 
Hyperlinks | Sitemap | Disclaimer | Contact Us
You are visitors number