PAAB Logo
s
 
 
Webmail
 
Search
  Search
banner_inside_12
  News & Events / News Archive 2007 / PAAB ambil alih JBA mulai 2008

PAAB ambil alih JBA mulai 2008

Sumber: Utusan Malaysia , 11 August 2007

KOTABHARU 10 Ogos
- Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan mengambil alih sepenuhnya infrastruktur dan pengurusan Jabatan Bekalan Air (JBA) di setiap negeri di Semenanjung Malaysia bermula awal tahun depan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, secara dasarnya kesemua negeri terbabit bersetuju dengan pengambilalihan semua aset termasuk empangan serta loji pembersihan tersebut kecuali Kelantan yang masih di peringkat rundingan.

Menurut beliau, langkah itu diambil bagi menyelesaikan masalah hutang tertunggak di antara kerajaan negeri dengan Persekutuan yang berjumlah RM 7.8 bilion.

“Semua negeri memberi persetujuan malah Negeri Sembilan dan Melaka telah menandatangani perjanjian pengambilalihan tersebut kerana mereka menghadapi masalah.

“Bagaimanapun di Kelantan, proses perbincangan masih dijalankan tetapi saya melihat tidak ada sebarang masalah akan timbul walaupun ia diperintah oleh PAS.

“Kita berharap dapat menyelesaikan proses rundingan selewat~lewatnya akhir tahun ini dan mengambil alih semua hutang kerajaan negeri termasuk Kelantan dengan membuat penukaran dengan aset yang mereka ada.” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Negeri Kelantan ke-27 2007 yang dirasmikan Pemangku Presidennya,
Tan Sri. Dr. Koh Tsu Koon di sini hari ini.

Badan

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pengurusan dan aset semua JBA akan diambil alih oleh PAAB, anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Penubuhan PAAB ialah susulan kepada pengwujudan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara sebagai badan pengawalselia bekalan air kerana tumpuan akan diberi kepada usaha mengurangkan air tidak berhasil (NRW), menambah baik kualiti dan menyediakan perkhidmatan dengan lebih efisien.

Keng Yaik menambah, PAAB juga berperanan menyelesaikan masalah penyelewengan terutama dalam urusan pengeluaran bil air oleh syarikat pemegang konsesi dan JBA negeri- negeri kerana segala urusan berpusat di situ.

“Selain itu, ia turut memudahkan kita untuk mengetahui Petunjuk Prestasi Utama (KPl) setiap JBA negeri bagi menjaga kualiti apabila dapat menyeragamkan seluruh perkhidmatan air pada masa akan datang.

“lni semua untuk kebaikan bersama apabila kita dapat memantau kualiti setiap bekalan air agar mencukupi bagi menampung permintaan yang kian meningkat terutama selepas pembinaan projek perumahan," jelasnya.

 
 
About PAAB
FAQ
Investor Relations
News & Events
Careers

Pengurusan Aset Air Berhad (732544-D), 24th Floor, Menara Multi-Purpose, Capital Square, 8, Jalan Munshi Abdullah, 50100, Kuala Lumpur
© 2008 Pengurusan Aset Air Berhad
 
Hyperlinks | Sitemap | Disclaimer | Contact Us
You are visitors number