PAAB Logo
s
 
 
Webmail
 
Search
  Search
banner_inside_12
  News & Events / News Archive 2008 / Penswastaan pengurusan air bawa manfaat besar

Penswastaan pengurusan air bawa manfaat besar

Sumber: Utusan Malaysia | Thursday March 6, 2008
Oleh : Muhammad Dayne Azmin


PENCAPAIAN kualiti kemudahan asas di Malaysia seperti air sudah meningkat ke tahap yang cukup membanggakan dengan pelbagai program serta projek terkini sedang dijalankan demi kepentingan rakyat.

Langkah kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melaksanakan penswastaan Jabatan Bekalan Air (JBA) seluruh negara melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 2 April 2007 adalah langkah yang bertepatan.

Satu persatu pengurusan air seluruh negara sedang giat diswastakan demi meningkatkan mutu pengurusan perkhidmatan air negara.

Di antaranya negeri Selangor yang sekarang ini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor Sendirian Berhad (Syabas), negeri Johor yang telah diuruskan sepenuhnya Syarikat Air Johor (SAJ) Sendirian Berhad dan negeri Melaka yang diuruskan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

 Kesemua syarikat air swasta ini di awasi sepenuhnya oleh Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang telah mengambil alih segala infrastruktur dan aset daripada JBA.

Suruhanjaya terbabit akan mengawal selia industri air negara dan ia termasuklah mengeluarkan lesen serta permit kepada syarikat-syarikat air yang terlibat.

 Penswastaan ini mengurangkan rungutan pengguna yang sebelum ini mempersoalkan sistem bekalan air yang lembap dan mempertingkatkan kualiti air yang diterima.

Di samping itu, ia dapat mengurang­kan beban kerajaan negeri dalam menyelenggara kos-kos operasi pembaikan paip lama serta kerosakan lain.

Sebagai contoh ia boleh dilihat kepada pencapaian kualiti air di negeri Selangor yang diuruskan sepenuhnya oleh Syabas.

Paip-paip lama yang masih digunakan sejak 30 hingga 40 tahun lepas telah ditukar yang baru secara berperingkat dalam mengekalkan kualiti air yang dibekalkan.

Kebanyakan paip lama sedia ada menggunakan simen asbestos sebagai bahan utama yang tidak tahan lama dari segi ketahanan dan mudah berkarat.

Ini menjejaskan kualiti air yang diterima olch pengguna sebagai penerima terakhir walaupun air mentah yang diproses bersih pada permulaan.

Atas dasar kebajikan rakyat, paip simen asbestos yang lama ini telah ditukar kepada bahan plastik high density polyethylene (HDPE) yang boleh bertahan lama malah mampu mencapai hingga 100 tahun.

Buat masa sekarang, Syabas telah menggantikan paip-paip lama ini menggunakan kaedah secara trenchless dan konvensional iaitu mengorek sepanjang jalan.

Kecanggihan tekoologi trenchless dari Amerika Syarikat ini hanya memerlukan dua Iubang kecil dikorek di antara 50 hingga 150 meter dan siap dalam masa satu hingga dua jam.

Malah cara ini lebih mesra trafik kerana tidak perlu mengorek sepanjang jalan untuk mengeluarkan paip lama boleh mengakibatkan kesesakan yang teruk.

Sebanyak 6,000 kilometer paip lama akan digantikan mengikut perancangan dan kos sebanyak RM22 juta seeara keseluruhan akan digunakan mengikut kaedah secara trenchless ini .

Selain itu, Syabas buat masa ini dalam pelaksanaan program air-scouring iaitu operasi pencucian paip agihan di kawasan taman perumahan .

Mesin kepadatan angin yang berharga RM68,000 setiap satu unit ini akan mencuci dinding-dinding paip dan akan mengeluarkan segala karat, lumut serta keladak yang berada di dalamnya.

Syabas bukan sahaja mempertingkatkan segi teknologi pembersihan malah keefisyenan perkhidmatan terhadap pelanggan turut dititikberatkan.

Dengan terdapatnya Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel), segala masalah dan keperluan pelanggan dapat disalurkan dengan lebih cepat.

Menggunakan teknologi sistem 'I-JOB', semua aduan pelanggan dapat direkodkan menggunakan sistem pangkalan data komputer dan dihantar secara terus ke pusat kawalan yang berhampiran.

Segala masalah yang dialami penduduk dapat diatasi dengan pantas dan para petugas dari Syabas akan tiba ke tempat kejadian kurang dari satu jam.

Pada masa akan datang, negeri lain yang akan menyusul ke arah penswastaan ini seperti Pahang yang akan diuruskan sepenuhnya oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) pada bulan April ini dan Negeri Sembilan di bawah pengurusan Syarikat Air Negeri Sembilan (SANS).

Rakyat perlu menyambut langkah penswastaan ini secara baik kerana ternyata ia memberi manfaat untuk jangka masa panjang infranstruktur pembangunan negara.
UM-060308-1
 
About PAAB
FAQ
Investor Relations
News & Events
Careers

Pengurusan Aset Air Berhad (732544-D), 24th Floor, Menara Multi-Purpose, Capital Square, 8, Jalan Munshi Abdullah, 50100, Kuala Lumpur
© 2008 Pengurusan Aset Air Berhad
 
Hyperlinks | Sitemap | Disclaimer | Contact Us
You are visitors number