PAAB Logo
s
 
 
Webmail
 
Search
  Search
banner_inside_12
  News & Events / News Archive 2008 / Empangan pastikan keperluan rakyat

Empangan pastikan keperluan rakyat

Sumber: Utusan Malaysia | Thursday March 6, 2008
Oleh : Aizawati Ahmad

KRISIS air yang dijangka melanda Lembah Klang pada 2015 memaksa kerajaan mencari idea terbaik sebagai resolusi mengatasi masalah tersebut.

Tanpa bekalan air mentah yang mencukupi, penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur mungkin terpaksa berhadapan sekali lagi catuan air seperti mana yang pernah berlaku pada 1997.

Mengenang kesengsaraan yang terpaksa dibadapi rakyat, idea untuk membina empangan di sebuah kawasan berbukit di Raub, Pahang yang terletak tidak jauh dari pusat peranginan Bukit Fraser tercetus.

Kawasan yang dipanggil Klau itu akan dijadikan empangan dengan membabitkan kawasan takungan seluas 2,300 hektar, memiliki ketinggian 89 meter dan kedalaman paras pengaliran airnya pula adalah 85 meter.

Kos pembinaan empangan tersebut yang berharga RM3.9 bilion ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri Pahang hanya menyumbangkan sumber air tanpa mengeluarkan modal.

Penyaluran bekalan air dari Pahang ke Lembah Klang merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dicadangkan sejak tabun 2000 dan perbelanjaan projek empangan itu membabitkan pembinaan terowong, muka sauk serta empangan.

Perbelanjaan, selebihnya pula melibatkan pembinaan Loji Rawatan Air Skim Langat 2 di Hulu Langat, Selangor, saluran paip air mentah dan stesen pengepam.

Projek tersebut begitu diperlukan di Lembah Klang kerana keperluan air di kawasan terbabit meningkat daripada 1,500 juta liter sehari (mld) pada masa ini kepada 2,260 mld pada tabun 2010.

Apabila siap kelak, empangan itu dijangka dapat memindahkan sekitar 1.5 bilion liter air sehari dari Sungai Klau, Pahang ke Sungai Langat di Selangor untuk kegunaan lebih daripada lima juta penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pembinaan empangan itu berupaya memenuhi permintaan Selangor bagi menyelesaikan krisis air di negeri tersebut yang pada masa ini dilihat bertambah kritikaI.

Keperluan penyaluran air dari Pahang dianggap mendesak memandangkan Selangor dijangka menghadapi krisis bekalan air pada 2015 apabila projek bekalan air peringkat ketiga Sungai Selangor mencapai tahap maksimum.

Selain itu, projek empangan tersebut menjadi serampang dua mata kepada Kerajaan Negeri Pahang apabila ia juga dapat menjana tenaga elektrik hidro dan sekali gus mewujudkan sumber bekalan elektrik baru khususnya di kawasan Pahang Barat

Selain Empangan Klau, negara ini turut memiliki beberapa buah lagi empangan yang berperanan menjana tenaga elektrik hidro, menyalurkan bekalan air ke kawasan pertanian dan juga untuk bekalan air kepada penduduk setempat.

Antara empangan-empangan tersebut ialah Empangan Hidroelektrik Pergau di Kelantan; Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak; Empangan Gemencheh dan Empangan Sungai Terip di Negeri Sembilan; Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang; Empangan Beris di Kedah; Empangan Sembrong, Empangan Bekok, Empangan Machap serta Empangan Labong di Johor.

Empangan Hidroelektrik Pergau yang berharga RMI,900 juta telah memulakan operasi penjanaan tenaga elektriknya pada Ogos 1997 dan ia terletak 75 kilometer dari Kota Bharu meliputi kawasan seluas 400 hektar.

Empangan yang mula dibina pada 1991 mempunyai tanah tambun setinggi 74 meter dan terowong sepanjang 24 kilometer itu menakung air sebanyak 62.5 juta meter padu dan apabila penuh berada pada ketinggian 636 meter dari aras laut.

Pembinaan Empangan Gemencheh di Negeri Sembilan yang berharga RM79.4 juta pula dimanfaatkan untuk membekalkan bekalan air bersih kepada pengguna di kawasan bandar dan luar bandar di negeri tersebut.

Kerajaan Negeri Sembilan yakin empangan tersebut bukan sahaja dapat menyalurkan bekalan air secara menyeluruh kepada semua kawasan bandar dan luar bandar di negeri itu, malahan dapat mernbekalkan lebihan bekalan air untuk kegunaan negeri Melaka.

Empangan Gemencheh berupaya menampung sebanyak 135,000 juta liter air iaitu tiga kali ganda daripada bekalan air di Empangan Sungai Terip.

Sebuah lagi empangan di utara tanah air iaitu empangan Beris di Kedah telah dibina bagi membekalkan air di selatan Kedah dan juga Pulau Pinang.

Kos pembinaan Empangan tersebut dianggarkan berjumlah RM280 juta bagi menampung keperluan bekalan air bersih di negeri terbabit.
UM-060308-2
 
About PAAB
FAQ
Investor Relations
News & Events
Careers

Pengurusan Aset Air Berhad (732544-D), 24th Floor, Menara Multi-Purpose, Capital Square, 8, Jalan Munshi Abdullah, 50100, Kuala Lumpur
© 2008 Pengurusan Aset Air Berhad
 
Hyperlinks | Sitemap | Disclaimer | Contact Us
You are visitors number