Sumber: Berita Harian | Selasa Februari 19, 2008
AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Rahang, Datuk Yip Chee Kiong, mengakui penyelesaian masalah setinggan Kampung Abok amat melegakan, sekali gus membuktikan kerajaan BN prihatin masalah rakyat dan tidak pernah memungkiri janji.
Selain itu, banyak masalah yang membelenggu rakyat di DUN berkenaan, termas uk kemudahan infrastruktur diselesaikan kerajaan bagi memastikan masyarakat, terutama penduduk di situ dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
"Tidak lama lagi, kita akan menggantikan paip lama di Kampung Baru Rasah yang menyebabkan bekalan air kepada penduduk di situ sering terganggu kerana paip sering bocor akibat sudah lama digunakan, iaitu sejak 50 tahun lalu. Kerajaan akan membelanjakan RM4 juta bagi menggantikan paip lama berkenaan," katanya.
Sementara itu, Woo yang juga Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan, berkata banyak pembangunan di Senawang menyaksikan kawasan itu antara paling pesat membangun dan mempunyai kepadatan penduduk antara yang tertinggi di negeri ini.
Beliau berkata, selain terkenal sebagai kawasan perindustrian dengan pembukaan banyak zon industri seperti Taman Tuanku Ja'afar dan Sungai Gadut, Senawang juga membangun sebagai pusat perniagaan dan tempat tinggal serba lengkap.
Banyak syarikat terkenal berstatus antarabangsa membawa pelaburan berbilion ringgit untuk membuka operasi di Senawang, antaranya gergasi elektronik, Kumpulan Samsung, Deleum Berhad, Favelle Favco dan Troxx, selain kilang diusahakan Bumiputera.
Kawasan Sungai Gadut dicadang sebagai lokasi stesen KTMB baru, sekali gus membolehkan penduduk sekitar Senawang dan berhampiran yang mahu ke bandar Seremban atau Kuala Lumpur menggunakan kemudahan komuter tanpa perlu melalui kesesakan lalu lintas untuk ke stesen sedia ada di pusat bandar.
Limpahan pembangunan turut disaksikan di DUN Labu dan Bukit Kepayang yang dikenal pasti dalam jajaran hab pendidikan, perumahan dan bioteknologi dengan antara pengisian ketika ini ialah Koridor Teknologi Negeri Sembila (Enstek), Kota Seriemas, kawasan perindustrian Oakland dan Seremban. DUN Mambau turut dibangunkan dengan kemudahan asas untuk rakyat dilaksanakan dari semasa ke semasa

